DAULAT TUANKU
Perpecahan demi perpecahan dalam bangsa Melayu masih berlaku. Pelbagai usaha demi usaha untuk menyatupadukan bangsa Melayu oleh para pemerintah, badan NGO, ulamak-ulamak, para itelektual, badan-badan professional dan individu-individu yang memahami betapa perlunya penyatuan.
• Perpecahan demi perpecahan dalam etnik Melayu pelbagai suku seperti Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Minang, Melayu Bugis, Melayu Acheh, Melayu Mandailing, Melayu Rawa, Melayu Kerinci, Melayu Batak, Melayu Kampar dan pelbagai etnik Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak.
Perpecahan demi perpecahan etnik Melayu apabila mula memasuki era politik berdemokrasi. Separuh Melayu ke arah politik pemerintah dan separuh Melayu yang lain ke arah politik pembangkang begitu taksub dalam berparti sehingga mula merenggangkan silaturrahim atau pun taksub yang ‘ekstrim’ berparti akan terus memutuskan silatur-rahim. Maka bermulalah permusuhan dalam birokrasi kekeluargaan serta suku puak masing-masing.
*birokrasi kekeluargaan ; contohnya,
1. Jika bapa di pihak pembangkang, anak pula di pihak pemerintah mula menanam nilai permusuhan dalam kepartian yang ekstrim.
2. Suku Puak ; Puak Banjar dengan kepartian ekstrim di pihak pembangkang mula bermusuhan dengan puak banjar yang juga ekstrimis kepartiannya ke arah pemerintah. Maka perpecahan terhasil dalam puak banjar itu sendiri.
• Perpecahan demi perpecahan dalam kepimpinan kepartian Melayu. Contohnya, sesama pemimpin dalam satu parti tidak bertegur sapa dan memutuskan silaturrahim dalam kelompok dan kepentingan masing-masing. Bagaimana pula ketika menghadapi pihak pembangkang sedangkan dalam parti sendiri tidak ada kefahaman. Begitu juga ragam pihak pembangkang.
• Perpecahan demi perpecahan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah di’anaktiri’kan oleh Melayu itu sendiri dan lebih mengutamakan serta mengagungkan bahasa bangsa asing kononnya lebih moden ke arah kemajuan dengan fahaman bahawa bahasa asing tersebut adalah bahasa antarabangsa. Dengan mengagungkan bahasa asing lebih membawa satu imej kemodenan dan kemajuan kononnya. Tetapi Melayu lupa bahawa ada juga Negara yang bertamadun, moden dan maju tahap ekonomi dan disiplin bangsa seperti contohnya Negara Jepun.
1. Rakyat bangsa Jepun lebih mengagungkan bangsa dengan mengekalkan bahasa Jepun sebagai bahasa perantaraan antarabangsa. Jika kita hendak berurusan dengan bangsa Jepun, mesti menggunakan bahasa Jepun.Jika ditinjau dalam negara kita pula, rakyat negeri Kelantan lebih mengagungkan bahasa kerakyatan negeri Kelantan sehinggakan jika ingin bermastautin atau berurusniaga dengan rakyat Kelantan bangsa asing atau rakyat darinegeri lain mesti mengikut rentak bahasa kerakyatan. Amat menghairankan sekali, purata bangsa asing yang bermastautin di sana amat lancar pertuturannya dengan bahasa loghat negeri tersebut.
• Perpecahan demi perpecahan dalam badan-badan NGO yang kononnya menegakkan penyatuan Melayu. Tetapi adakah ia benar-benar berfungsi? Seperti contohnya NGO Melayu yang berat ke arah pemerintah, adakah Melayu dari pihak pembangkang mahu menyertai agenda NGO tersebut? Adakah Melayu dari pihak pembangkang boleh diubah mindanya, malah mungkin segala agenda NGO tersebut dipandang sepi dan berkubur begitu sahaja.
• Perpecahan demi perpecahan dalam Majlis Ulamak. Ulamak sesama ulamak pemerintah sering tidak bersefahaman dan mengikut telunjuk pemerintah yang berkepentingan. Begitu juga perkara yang sama dalam organisasi ulamak sesama ulamak pihak pembangkang. Lebih memeningkan apabila ulamak pihak pemerintah berbicara atau mengeluarkan fatwa akan dipandang rendah oleh pihak ulamak pembangkang. Maka pihak kami telah mengambil iktibar di atas ke semua perpecahan demi perpecahan tersebut dengan membangkitkan kesedaran bangsa Melayu harus menyingkap kembali sejarah ketamadunan Melayu itu sendiri dan seterusnya menaikkan dan memartabatkan Institusi Raja-Raja Berpe-lembagaan dan mengembalikan “KETUANAN MELAYU”.
• Mewujudkan kefahaman dan penghayatan melalui lipatan-lipatan sejarah yang telah dipupuskan atau dihapuskan dalam roh bangsa Melayu oleh anasir-anasir penjajah sejak ratusan tahun.
• Pihak kami berhasrat memanjangkan kefahaman asal-usul keturunan bangsa Melayu dan ketamadunan bangsa Melayu yang telah bermula sejak ribuan tahun yang lampau. Bermulalah agenda “MELAYU JAWI”.
• Bangsa Melayu atau lebih dikenali sejak ribuan tahun dengan Melayu Jawi itulah pendekatan yang sebenarnya apabila dituturkan tentang keturunan Melayu. AGENDA MELAYU JAWI adalah satu agenda dengan memahami asal-usul keturunan Melayu Jawi maka terbukti Melayu Jawi adalah satu rumpun Melayu yang pernah menguasai dunia dengan memmemartabatkan ketuanan Melayu Jawi dan digeruni serta dihormati.
• Asal usul Melayu Jawi dari sudut sejarah ribuan tahun dahulu adalah diambil dari kitab-kitab sejarah lama, Taurat, Injil, Zabur, Al-Quran dan daripada pengarang-pengarang seperti Pendita I-Tsing, Tun Sri Lanang, Munsyi Abdullah juga dari pengarang kitab terdahulu seperti Ibnu Athir, Tamindari, Saleh Antari, Muhammad Ali Samah, Hasan Jawi, Muhammad Abdul Qadir Mukawi, Syeikh Sulong Ahmad Phatani Al-Buni, Syeikh Ismail Daud Phatani Al-Buni dan lain-lain lagi.
• Bangsa Melayu Jawi berketurunan Nabi Allah Ibrahim dengan isteri yang ketiga iaitu Siti Qanturah(Bonda Keturah) binti Maftur yang digelar Jawiyah Kanaaniy. Bonda Keturah yang menurunkan darah keturunan Melayu Jawi. Dari isterinya yang pertama Siti Sarah menurunkan darah Bani Israil dan dari isterinya yang kedua Siti Hajar menurunkan darah keturunan Bani Ismail seterusnya melahirkan Nabi Allah Muhammad s.a.w.Bermula dari isteri ketiga iaitu bonda Keturah maka bermulalah episode perjalanan dan perantauan dengan menguasai dunia dan melahirkan ksatria-ksatria Melayu Jawi yang agung dan memerintah dunia seperti Iskandar Zulkarnain dan kita difahamkan bahawa raja-raja kita adalah dari keturunan Iskandar Zulkarnain. KETUANAN MELAYU, AYUTHIA, KAMBODIA, MERONG MAHAWANGSA, LANGKASUKA, SRIWIJAYA, MAJAPAHIT dalam GUGUSAN NUSANTARA MELAYU.
• Secara ringkas untuk lebih memahami, kita boleh dapatkan edisi pertama kami tentang Melaayu Jawi di toko-toko buku di seluruh Negara.
• Bagaimanakah formula dengan kefahaman asal usul Melayu Jawi ini dapat menyatukan seluroh Melayu di tanahair kita dan Melayu Jawi yang melata di seluroh pelusuk dunia. Masing-masing individu kekeluargaan Melayu mencari salasilah keturunan individu kekeluargaan sendiri contohnya ‘Si Muhammad dapat mengumpul salasilah keluarga beliau dan mendapati Mat Kilau Pahlawan Terbilang adalah datuk beliau. Si Ahmad pula dapat mengumpulkan salasilah keluarga beliau dan mendapati datuk beliau adalah ‘Tok Siak’ sahaja.Si Muhammad walaupun tidak mempunyai ilmu yang tinggi, seperti Tok Mat Kilau tetapi beliau mendapat satu aura keyakinan diri kerana mempunyai darah keturunan Pahlawan Terbilang. Si Ahmad pula murung dan tidak ada keyakinan diri kerana datuk beliau hanya Tok Siak Masjid. Itu titipan dari kajian salasilah mereka hanya setakat datuk mereka sahaja.Tetapi akhirnya barulah mereka menyedari dan mengetahui bahawa bapa kandung kedua-dua datuk mereka Mat Kilau dan Tok Siak adalah anak kepada seoarang Raja Melayu. Maka Si Ahmad yang murung kembali bertenaga dan berkeyakinan diri apabila mengetahui salasilah kekeluargaannya berdarah Raja. DAYA MURUNG TELAH BERUBAH KEPADA DAYA HEBAT.Dengan ini terbukti bahawa pelbagai pihak hanya melaungkan slogan “MELAYU BERSATU”. Tetapi kenapa Melayu perlu bersatu? Jadi, adakah formula Melayu kena bersatu di bawah satu rumpun Melayu Jawi adalah agenda yang tepat?
• Maka kelak apabila ditanya kepada bangsa Melayu dari suku mana, dengan lantang juga bangsa Melayu tanpa segan dan murung akan melaungkan
“Kami dari Melayu Jawi”. Nescaya perpecahan demi perpecahan Melayu akan terhapus dengan kefahaman asal usul Melayu Jawi.
Contohnya ; Kita sering bertanya pada orang Melayu “Kamu dari Melayu apa?”. Maka jawab Si Melayu itu dek kerana beliau Melayu Banjar dengan bangganya akan berkata “Aku Melayu Banjar”.
Bila kita bertanya pada Melayu Jawa “Kamu dari Melayu apa?”. Maka dijawab oleh beliau dengan bangganya bahawa beliau adalah Melayu Jawa.
Oleh itu dengan kefahaman dan kesedaran asal usul Melayu jawi dan roh bangsa Melayu Jawi telah tertanam di hati sanubari. Dengan lantangnya mereka mengatakan “Kami dari MELAYU JAWI”.
Sahih, selepas itu tidak ada lagi Melayu akan bersuku-suku dan ingin berbangga dengan keturunan suku-suku kaum masing-masing. Kini Melayu telah bangkit dengan satu nada keturunan dan mula menggilap kembali ketamadunan Melayu yang telah murung sekian lama dengan penuh “Kedaulatan Ketuanan Melayu”.
• Perpecahan demi perpecahan dalam era politik dapat dihapuskan. Melayu Jawi mula mengukir pengorbanan iaitu suatu “korban perasaan” mula bangkit dan terpanggil dan roh bangsa mulai terpalit. Parti Pemerintahan Melayu dan Parti Pemerintahan Pembangkang Melayu perlu membuat satu pengorbanan besar yang drastic iaitu “BERKORBAN PERASAAN” dan mula bersatu dengan sesungguh-sungguhnya “BERSATU”. Tiada yang mustahil. Itulah kehebatan ALTER MELAYU JAWI.60% dimiliki Melayu dan 40% dimiliki Majmuk ditarik 15% dari Majmuk (yang berfikiran terbuka)
Maka 75% dimiliki oleh Melayu Jawi. Maka Melayu Jawi mememerintah dengan memartabatkan “KETUANAN MELAYU” setelah “KORBAN PERASAAN” dilahirkan dan di’ALTER’kan
FORMULA KHAS “NEGARA TIDAK AKAN DIREPUBLIKKAN OLEH ANASIR-ANASIR YANG MENGINGINKAN PERPECAHAN DEMI PERPECAHAN.
ALTER
ALTER adalah ‘Terkandung, Tersirat dan Tersurat’ ROH BANGSA MELAYU JAWI. Pengertian Alter adalah menjurus suatu perubahan zahir dan batin, rohani dan jasmani, fizikal dan mental.
Suatu kaedah yang semulajadi ujud dalam diri seseorang tanpa ilmu mampu menguasai ilmu, tanpa kekuatan mampu menguasai kekuatan, tanpa kesaktian mampu menguasai kesaktian dan tanpa keajaiban mampu menguasai keajaiban.
Kebangkitan Alter hanya akan dapat dimiliki dengan “Minda Separa Sedar” atau “Zero Point”.
Nabi Muhammad s.a.w tidak pandai membaca dan menulis tetapi keajaiban mukjizat terjadi, “Baginda Boleh Melakukannya”.
Alter atau ‘AMUK” hanya satu bahasa digunapakai di dunia ini iaitu hanya bangsa Melayu Jawi. Bangsa lain tiada ungkapan Amuk dalam pertuturan mereka.
Kehebatan ‘Alter’ dalam ungkapan ‘Melayu Jawi’ dapat dicapai apabila kita membawa diri ke arah
“Lurus Bendul”.
Keajaiban ‘Parang Terbang’ hanya dimiliki oleh bangsa Melayu Jawi, tidak terdapat oleh mana-mana bangsa sekalipun. “Jangan terkejut jika anda melihat akan datang M-16, Styer, Meriam dan lain-lain senjata moden berterbangan secara tiba-tiba”.
Alter membawa Melayu Jawi ke arah satu perubahan sikap, perbuatan, fizikal, mental, rohani, jasmani, zahir dan batin. Perubahan ini mengundang satu “Roh Bangsa Misteri” yang tidak dapat diungkap dengan bicara minda normal. Minda Separa Sedar mula mengelilingi dan menguasai jasad serta roh ke arah penyonsangan sifat-sifat ritual normal.
Seseorang yang dalam satu kejadian yang menakutkan dan terkejut seperti dikejar anjing :- dek kerana terlalu takut dan terkejut kita mampu melepasi atau melompat sungai yang lebar, pagar berduri diharungi tanpa kesan calar atau cedera, merempuh sesuatu objek yang menghalang tanpa sebarang kesakitan malahan penyonsangan terjadi, kita pula mampu mengejar balik anjing yang mengejar kita tadi. Anjing tersebut akan berada dalam
Ketakutan pula riak lakunya terbalik. Larian kita boleh mengatasi larian pemecut 100 meter dunia. Tanpa memiliki sebarang ilmu bagaimana Alter Ajaib ini dapat kita miliki dan kuasai?? Pelik, tetapi itulah kenyataan Alter apabila diperbangkitkan.
Adakah Alter ini boleh dikuaasai dan diguna dalam kehidupan seharian?
Ya ! Pasti boleh jika kita menbawa ‘Lurus Bendul’ dan ‘Zero Point’.
Baagaimana caranya? Untuk mendapatkan secara sahih kehebatan Alter Melayu Jawi,
HADIRI TAKLIMAT MELAYU JAWI DAN MOTIVASI MEMBANGUNKAN ALTER YANG KAMI PROGRAMKAN
BAYARAN PENYERTAAN RM150 (PENGINAPAN DAN MAKANAN) SELAMA SATU HARI SATU MALAM.
BERTEMPAT DI CAMERON HIGHLAND PAHANG DARUL MAKMUR.
HUBUNGI : ALTER ZERO POINT CONSULTANCY
BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK.
05-3652230
PADUKA RAMIZU IDRIS : 016-9046862
facebook : Paduka Ramizu Idris
MAULANA ZULFIKRI OTHMAN
AL-HAFIZ : 019-5416524
facebook : Zulfikri Abuhakim
LAYARI : http://s3banijawi.blogspot.com/
Rasulullah SAW insan yg maksum semaksumnya. Baginda SAW juga menghadapi ramai yg munafik sehingga menyenaraikan kepada sahabat baginda senarai yang panjang.
Diluaskan skopnya 13; Munafik dalam ;
• beragama.
• perjuangan.
• persahabatan.
• politik.
• pekerjaan.
• perniagaan.
• bangsa.
• tanah air.
• ketuanan Melayu.
• kerakyatan.
• keluarga.
• perjanjian.
• Baith
No comments:
Post a Comment